Majlis Perasmian Nadi Chuah
1 Februari 2025 | Aktiviti Terkini31 Januari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Pasoh 3 telah mengikuti Program Perasmian NADI Chuah di Port Dickson. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Antara pengisian aktiviti adalah booth jualan usahawan NADI, booth KDB, taklimat NADI, taklimat SAFE & SHIELD, saringan kesihatan, eKelas, (STEM) bagi pelajar sekolah menengah dan Tiny Techies Microbit bagi pelajar sekolah rendah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Aminudin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Pusat NADI Chuah menyediakan tiga fasiliti yang berbeza iaitu; Perpustakaan, Tadika dan juga NADI yang menjadikan pusat NADI ini sebagai salah satu pusat yang unik. Setelah selesai sesi perasmian, telah diadakan sesi bergambar dan sesi lawatan ke booth usahawan NADI. Secara Rasminya NADI Chuah telah beroperasi dan semoga bermanfaat kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: